18 April 2010

Pengenalan

SMHSA FURNITURE ENTERPRISE merupakan sebuah syarikat milikan tunggal yang ditubuhkan pada 31hb Oktober 2006.Syarikat juga merupakan milikan sepenuhnya Bumiputera.Penubuhan syarikat ini bermula dari Program Inkubator anjuran Majlis Amanah Rakyat – MARA bertempat di Institut Kemahiran MARA Alor Star,Kedah.

Aktiviti utama syarikat tertumpu kepada Membekal,Menjual,Memasang,Merakabentuk dan Membaikpulih Perabot serta Hiasan Dalaman.Sehingga kini,pelanggan-pelanggan syarikat terdiri daripada jabatan dan agensi kerajaan,hospital,universiti,sekolah,syarikat-syarikat swasta serta mega-korporat dan individu atau perseorangan yang memiliki kediaman.

Bagi meningkatkan lagi operasi syarikat,pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan untuk memastikan perkembangan syarikat seiring dengan kemajuan dan permintaan pelanggan masa kini. SMHSA FURNITURE ENTERPRISE yakin dengan kakitangan yang berkelayakan dan mempunyai kepakaran dalam bidang tersendiri serta komitmen kerja yang tinggi,kemajuan syarikat dapat dicapai dengan jayanya.

Bermula tahun 2007, SMHSA FURNITURE ENTERPRISE mengorak langkah memeterai persefahaman perniagaan dengan pengeluar dan pengilang Bumiputera yang lain untuk produk perabot berasakan tekstil dan fabrik.Langkah ini membuatkan SMHSA FURNITURE ENTERPRISE mendapat keyakinan pelanggan dalam memberi khidmat bekalan berdasarkan sokongan padu dari segi “smart partnership”.

Lokasi kilang utama yang terletak di Lot 10,Jalan Stesyen Pemancar Radio Malaysia,Kampung Simpang Tok Ku,Chabang Tiga,21000 Kuala Terengganu berdekatan dengan Pusat Bandar bakal merealisasikan hasrat dan misi syarikat untuk menerajui bidang Pengeluaran dan Pengedaran Perabot utama di Negeri Terengganu.